Search

Saya tidak kisah ada sahabat yang menuduh saya ahl...

  • Share this:

Saya tidak kisah ada sahabat yang menuduh saya ahli parti itu dan ini kerana dah pelbagai parti politik telah dipalitkan kepada saya. Saya pernah dilabel Cina DAP, pernah difitnah makan dedak UMNO, pernah dilabel ahli PAS dan macam maca lagi hanya kerana saya komen beberapa isu semasa yang tidak selari dengan fahaman politik mereka.

Andai saya komen DAP, orang akan tuduh saya UMNO atau PAS. Kalau saya komen pasal dulu (sebelum mereka bergabung), saya akan dituduh pemakan dedak UMNO atau Cina DAP dan seterusnya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang nasihat dan tegur saya dan saya mendoakan agar Allah Subhana Wa Ta’ala mengurnikan kebaikan dan ganjaran setimpal buat anda semua. Walaupun kita ada perkara yang kita tidak setuju tetapi saya meghargai komen, nasihat dan teguran anda.

inshaAllah saya akan terus membuat komentar berkaitan isu berkaitan Islam dan keamanan dan keharmonian negara apabila perlu dengan fakta dan rujukan buka dengan fitnah dan hawa nafsu. Saya tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang tetapi saya usahakan lakukan yang terbaik demi mencari keredhaan Allah.

Yang mencaci, menghina dan memfitnah saya, saya maafkan sahabat semua dan doakan kebaikan untuk anda semua. Mungkin niat anda baik tetapi tersilap.

Saya buat pendedahan berkaitan ekstrimis bukan untuk keredhaan manusia kerana nyawa saya sendiri terancam apabila membuat pendedahan tetapi demi Islam dan demi keselamatan serta keamanan negara, saya tekad melakukannya. Doakan keselamatan diri saya, jemaah serta ahli keluarga kami.

黄伟雄 Firdaus Wong Wai Hung
Sydney, Australia.
20:48 (Waktu Malaysia)
23:48 (Waktu Sydney)
13 Okt 2019


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts